Isnin, 18 April 2011

Gelang Tangan Kristal & Mutiara












Kerongsang











Kerongsang

Kerongsang Bunga Matahari







Kerongsang Bunga Kecik






Kerongsang Lagi






Kerongsang Dari Sabah...

Kami ada menjual pelbagai kerongsang batu mutiara original dari Sabah..
   
 Kerongsang ni macam anting-anting..biasa orang pakai kat atas sanggul sebagai hiasan.... 
 



Selasa, 5 April 2011

Mahligai Perfume

Kawan-kawan...kalau sapa2 nak try perfume ni leh calling2 yer..019-3482605...saya leh bagi cuba, try, test..testing percuma....hehehe


Harga Jualan
1 Botol = RM 7.00
1 Kotak ( 6 botol) = RM 40.00



 
Minyak wangi keluaran Mahligai Perfume Enterprise ialah koleksi eksklusif daripada formula khas pati minyak wangi tanpa alkohol yang diinspirasikan daripada jenama terkenal antarabangsa.

Terdapat pelbagai set koleksi eksklusif ini yang sesuai untuk semua lelaki dan wanita, terutamanya bagi Muslimin dan Muslimah. Tersedia dalam botol yang direka khas menggunakan "roll-on" supaya mudah digunakan dan dibawa untuk perjalanan (travel) ke mana sahaja
.

"WANGIAN SEHARUM PUNCAK MAHLIGAI" Wangikan diri anda dengan pati minyak wangi tanpa alkohol MAHLIGAI PERFUME . Himpunan pati minyak wangi yang diinspirasikan dari pelbagai jenama terkenal antarabangsa yang sedang hangat dipasaran. MAHLIGAI PERFUME merupakan produk minyak wangi yang berasaskan minyak yang 100% pati tanpa campuran alkohol, aqua atau lain-lain bahan.Terdapat 1 set untuk wanita, 1 set untuk lelaki dan untuk famili sebagai pilihan anda. Setiap set mengandungi 6 botol unik berciri Roll-on yang memuatkan 2.5ml pati minyak wangi pelbagai haruman. Dengan harga yang sangat berpatutan, pati minyak wangi MAHLIGAI PERFUME  sangat berbaloi untuk wang anda..

Formula pati minyak wangi ini diinspirasikan mengikut haruman dari jenama yang sedia ada di pasaran tanpa sebarang tambahan air dan alkohol. Mahligai Perfume  tidak ada kaitan dengan mana-mana syarikat antarabangsa yang mengeluarkan minyak wangi tersebut.






Hmmm...Baru Kini Ku Tahu

PETUA MEMAKAI PERFUME

Di sini suka kiranya saya ingin berkongsi tentang tip dan cara-cara memilih minyak wangi supaya ianya serasi dengan diri anda. Semestinya setiap orang mempunyai pewangi/perfume kegemaran, tetapi adakah pewangi tersebut kerana keserasian dengan anda, kerana baunya yang memikat atau sekadar anda hanya suka-suka menggemarinya?

Sebenarnya, kegemaran bukan semata-mata yang membuatkan sesuatu perfume itu membangkitkan personaliti anda. Perfume yang berpotensi seharusnya yang mampu menyerlahkan personaliti, keghairahan dan ciri-ciri diri anda. Ianya juga boleh dikira wangian yang mampu menenangkan dan membangkitkan semangat si pemakai.

Tip dalam memilih perfume:

1) CUBA.
Anda mestilah mencuba terlebih dahulu bauan dari perfume tersebut dalam masa sehari sebelum mengambil keputusan untuk membelinya. Kenapa? Wangian dari perfume biasanya berubah mengikut peredaran waktu. Baunya akan berbeza selepas disembur dan selepas 2-4 jam selepas itu.

2) JANGAN TIRU.
Membeli perfume berdasarkan perfume yang digunakan oleh kawan anda adalah tidak digalakkan. Mungkin bauannya di badan kawan anda selesa dengan anda, tetapi tidak semestinya ianya serupa apabila dipakai oleh anda sendiri. Ini kerana kimia dalam badan tubuh setiap orang berbeza, dan ianya mempengaruhi wangian yang digunakan seseorang.

3) MINYAK.
Wangian yang digunakan pada kulit berminyak akan tahan lebih lama berbanding digunakan pada kulit yang kering. Jadi orang yang berkulit kering perlu menyemburnya sebanyak 2 kali untuk ketahanan bau yang lebih lama.

4) DIET.
Diet yang berubah secara dramatik juga akan mempengaruhi wangian yang digunakan dan ianya boleh berubah.

5) SERBUK KOPI.
Apabila mencuba wangian di kaunter, hidu serbuk kopi yang disediakan untuk menghilangkan bau dari perfume sebelumnya, kerana kemungkinan ianya akan mempengaruhi wangian yang dicuba selepas itu.

6) HARGA.
Belilah perfume dengan harga yang berpatutan dan tidak terlalu mahal.

7) MATAHARI.
Jauhkan perfume dari sinaran matahari dan suhu yang panas, kerana ianya mampu mengubah bau yang terdapat pada perfume tersebut.

Isnin, 4 April 2011

Assalamualaikum....

Assalamualaikum semua..terima kasih kerana sudi menjengah galeri cikta ni...